Click here for Myspace Layouts

Rabu, 23 November 2011

Assalamualaikum dan salam islah minda,
saya doa yang membaca ni sihat la hari ni ye,
tak de le hari ni je saya doa utk anda utk besok skali la....

Hari ni,saya cuba mencari laman web hadith tp saya terjumpa sebuah sajak.....
best taw.....Selamat membaca =D

Ketika kau sudah menangis sekian lama
dan hatimu masih terasa pedih..
Allah sudah menghitung airmatamu.

Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu
dan waktu terasa berlalu begitu saja…
Allah sedang menunggu bersama-samamu…

Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal
dan kau merasa tertekan…
Allah bersamamu untuk menenangkanmu…

Ketika kau fikir bahwa kau sudah berusaha sesungguhnya
dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi…
Allah mempunyai jawapannya…

Ketika segala sesuatu berjalan lancar
dan kau merasa ingin mengucap syukur…
Allah telah pun memberkatimu…

Ketika kau merasa sendirian
dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon dirimu…
Allah sentiasa berada di sampingmu…

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan…
sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu…

Ketika sesuatu yang indah terjadi
dan kau dipenuhi ketakjuban…
Allah akan tersenyum kepadamu…

Ketika kau memiliki tujuan
untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi…
Allah sudah membuka matamu
dan memanggilmu dengan namamu…

Oleh itu
ingatlah bahwa di manapun kau
atau ke manapun kau berada…
Allah akan mengetahui dan senantiasa berada di sampingmu…

Selasa, 22 November 2011

Assalamualaikum....!!!!
Cuma nk kongsi dgn anda semua dengan apa yg telah saya peroleh hari ini...
Selalunya la kan, kita nie bkn nye hafaz semua ayat-ayat Al-Quran nie,btol x?
eh2,ade plak yg geleng kpale.Mesti power gileerr yg geleng nie...ha3
Tak pe,kalo hafaz lagi bagoz dan yg mengangguk plak jgn la takut.
kalo anda susah (malas sebenarnya..) nk membelek,mengeledah dan menelaah kitab suci tersebut
anda boleh lah melayari laman web ini;


Ce tekan...da ke blom??
Untuk pengetahuan anda lawan web yang pertama menyediakan anda sebuah tafsir "express" yg mana anda hanya perlu menaip satu perkataan sahaja berkaitan dengan dalil apa yg anda mahu.Manakala laman web kedua pula menampilkan tafsir al-Quran yg lengkap dengan pelbagai bahasa.Disertai juga dengan ciri tambahan seperti;

>Terjemahan dgn bahasa yg betul
>Bacaan beserta terjemahan ayat yg di baca
>Menampilkan qari-qari terkenal seperti Mishari, Abdul Baasit, Mahmood Albana dan lain-lain

Hah...!!!Melopong wt ape kt situ,gi le surf internet cari laman web ni.Harap semua dapat manfaat dan sebarkanlah kpd kawan-kawan anda.Wallahualam....


Isnin, 21 November 2011

Jangan bazirkan cuti..!!

Assalamulaikum dan salam harimau muda..!!!
hahaha,sje je nk tarik perhatian anda. Ye la....mne x nye,Malaysia mnang bola smalam kan

Tapi bkan itu yg sy celoteh di sini, utk post kali sya nk kongsi psl CUTI..!!
slalu nye cuti ni adalah tyme enjoy untuk students,
tyme ni la nk habes final fantacy nye,tyme nie la nk on fb sepanjang mase, tyme ni la nk abes kn sume episod Dream High n mcm2 lg la kn....itulah kebiasaan kita
apa kata cuti nie kta wt bnde yg luar biasa sket(x de la luar biasa sgt pown snanya)

Dalam riwayat Ibn Majah,Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud "Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap orang Islam."
Maksudnye di sini ialah walaupun kta tgh bercuti, menuntut ilmu itu masih lg menjadi suatu kewajipan ke ats diri kta.Mcm mna kta handle masa blajar kta di skola,mcm 2 la kta handle masa kta di rumah.

Selain itu,gunakan la masa cuti kali ni utk memperbaiki diri di samping mempertingkatkan usaha dakwah kita.Renung2 kanlah firman Allha dlm surah Muhammad,ayat ke-7 yg bermaksud "Wahai orang-orang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah,nescaya Dia akan Menolongmu dan Meneguhkan kedudukanmu."Ambil peluang cuti kali ni utk mnyebarkan "sayap" dakwah kita supaya kita dpt memberi manfaat kpd org lain.Tiada lg alasan seperti, "erm...homework bnyk la,mne sempat nk dakwah2 ni","Sory la x dpt join usrah,ade kelas addmath la..." ataupun "Tak ready la nk bagi forum,x sempat nk cari bhn".Itulah kita,ade sje alasan yg boleh kta bg,masa cuti da x de alasan lg utk kta lari dr tanggungjawab dakwah ni.INGAT PESANAN INI...!!!

Akhir sekali,gunakan lah masa cuti ini untuk berbakti kepada ibubapa kita atau generasi Y ske gelarkan "parent" ni kan.Tiada lg masa yg sesuai selain dr masa cuti ni.Beri bantuan kpd mereka supaya mereka bangga mempunyai anak seperti kita.Barulah mereka terasa seperti mereka di homati dan bukannya dianggap sebagai ORANG GAJI..!!!

Jadi setakat itu sahaja untuk kali ini,harap anda akan dapat manfaat dari apa yg sy kongsikan kali ini.Wallahualam......