Click here for Myspace Layouts

Selasa, 6 Disember 2011

Seronoknye Main Game....

Assalamualaikum dan salam islah minda...mintak maaf la ye sebab dah lama tak post ni.Hurm...yang pertamanya saya ingin mengucapkan selamat tahun baru hijrah.Walaupun macam dah lambat sikit nak ucap tapi apa salahnya kan??

He3,anda pernah tak main game??Haa....ada yang geleng ada jugak yang angguk kepala.Tak pe...jangan la cuak sangat,saya bukan marah pun.Saya pun main jugak tapi apa yang saya nak kongsi hari ini adalah pernah tak kita sedar yang game ni sebenarnya kita boleh kaitkan dengan kehidupan kita.As we know lah,setiap game mesti ada heronya sendiri betol tak?
Walaupun kadang-kadang ada jugak game yang ada banyak hero tapi bukan masalah sangat pun.
Apa yang saya nak anda sedar ialah anda merupakan satu watak dengan karakter yang tersendiri.Sama macam dalam game,dalam game tersebut anda kena ikut misi anda dalam game tersebut.Untuk menang anda kena pastikan apa yang anda lakukan itu betul.Sama macam hidup kita ni,kita ada misi kita tersendiri.Apa misi kita? Itu telah di sebut dalam surah Al-An'aam ayat 165:


وَهُوَ ٱلَّذِى جَعَلَڪُمۡ خَلَـٰٓٮِٕفَ ٱلۡأَرۡضِ وَرَفَعَ بَعۡضَكُمۡ فَوۡقَ بَعۡضٍ۬ دَرَجَـٰتٍ۬ لِّيَبۡلُوَكُمۡ فِى مَآ ءَاتَٮٰكُمۡ‌ۗ إِنَّ رَبَّكَ سَرِيعُ ٱلۡعِقَابِ وَإِنَّهُ ۥ لَغَفُورٌ۬ رَّحِيمُۢ (١٦٥)
Maksudnya:Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Seorang kalifah.....itu peranan kita dan misinya adalah untuk memakmurkan muka bumi Allah ini supaya Islam sentiasa di hati umat manusia and the main goal of course la ganjaran di akhirat kelak.Ahaa......sama macam dalam game,anda mungkin sedar tak mampu nak score markah tertinggi dalam game tersebut tapi anda pasti akan cuba buat yang terbaik.Itulah konsep yang patut anda apply dalam kehidupan anda.Cubalah yang terbaik untuk sebarkan dakwah.Mungkin anda tak mampu nak sampaikan ceramah di depan orang ramai,tak berani nak memulakannya kerana takut orang cakap poyo ataupun benda yang kita buat tak mantap tapi chill la dulu.Ce fikir,bila lagi anda nak mulakan dakwah anda.Jadi mulakan sekarang.Kalau tak berapa yakin,mintak la kawan support....."kawannye pasal,NO HAL LAH".

Hm....banyak lagi sebenarnya yang saya nak ulas tapi cukuplah setakat ini dulu.Harap anda dapat manfaat sedikit sebanyak daripada post kali ini.Kita jumpa lagi dalam post yang akan datang "Seronoknye Main Game...2",insyaallah.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan